Peristiwa
13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau
peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei .
Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca
kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut
ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang nagetif terrhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi
mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini
merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru
yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
Menyediakan pelbagai contoh karangan sebagai rujukan untuk memperkasakan lagi subjek Bahasa Melayu.Terdapat pelbagai jenis coretan seperti karangan 180 patah perkataan,cerpen,pantun,sajak dan sebagainya.Bagi membantu anak-anak yang bakal lahir sebagai pemimpin negara,MantapBM adalah yang selayaknya.
Sunday 27 March 2016
Friday 12 February 2016
Cara-cara Mewujudkan Semangat Patriotik
Sejak akhi-akhir ini isu tentang semangat
patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia sering
diperkatakan.Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang sambutan Hari Kebangsaan.Sebenarnya
terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Antaranya ialah memupuk semangat patriotik
sejak dari bangku sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan
penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu bapa
harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi
teladan yang baik kepada anak-anak.
Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab
hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Di
samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa
cuti sekolah dan sebagainya.Oleh itu,anak-anak akanmendapat pendedahan dan
kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil
lagi.
Natijahnya,semangat patriotik sangat
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya
sendiri.Justeru,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dupupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan
Nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan
masyarakat di Malaysia semakin terhakis ekoran gaya hidup moden seperti
kerja-kerja yang banyak di pejabat dan sebagainya.Kesibukan bekerja di pejabat
juga akan merenggangkan tali sillaturahim sesama keluarga.Usaha-usaha perlu
dilakukan untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Antaranya ialah ibu bapa harus lebih
meluangkan banyak masa dengan anak-anak.Ibu bapa yang bekerja perlu
memanfaatkan hari minggu mereka untuk menghabiskan masa dengan anak-anak.Hal
ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih bahagia kerana dapat meluangkan masa
bersama anak-anak.Di samping anak-anak
berasa bahagia,fikiran ibu bapa yang bercelaru akibat terlalu lama
bekerja akan menjadi tenang apabila dapat berbual dengan anak-anak mereka.
Seterusnya,setiap ahli keluarga mestilah
saling memahami perasaan sesama mereka.Ibu bapa perlu peka akan kelebihan dan kelemahan
setiap anggota keluarga.Dengan ini,tidak akan berlaku perselisihan faham antara
ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu berbincang akan masalah yang dihadapi
oleh ahli keluarga dengan cara yang betul.Sentiasa berbincang tentang prestasi
anak-anak ketika di sekolah juga boleh membantu anak-anak meningkatkan fahaman
tentang sesuatu mata pelajaran.
Di samping itu,suasana rumah yang kondusif
akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.Ibu bapa perlu sensitif akan
keperluan asas di rumah demi keselesaan setiap anggota keluarga.Anak-anak
lazimnya akan mencari hiburan di luar jika keadaan di dalam rumah membosankan.Peralatan rumah
yang berwarna-warni ataupun warna yang ceria dapat menghilangkan rasa bosan
dalam diri kita.
Selain itu,sifat hormat menghormati dalam
diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti
datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua
dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa
senang untuk bergaul.
Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga
bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha
kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap
ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni
dan bahagia.
Esei Tabiat Merokok Dalam Kalangan Pelajar
Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah,kertas dan lain-lain.Rokok mempunyai suatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kebanyakan rokok dicampurkan dengan alkohol untuk menambahkan lagi perisanya.Gejala merokok telah berleluasa dalam negara kita,teutamanya dalam kalangan pelajar.Tidak kira tua atau muda,dewasa mahupun remaja,pasti tidak terlepas daripada timbul keinginan untuk mencubanya.Apabila mereka sudah mencuba,mereka akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan keinginan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.Akan tetapi,tahukah mereka bahawa banyak perkara negatif telah terjadi berpunca daripada gejala merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.
Antara kesan-kesan negatif ialah berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,dia akan diugut sekiranya dia memberitahu sesiapa,dia akan dipukul.Murid yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja.Jika murid itu melawan,sudah tentu murid itu akan dipukulSemakin lama,pelajar akan bertambah agresif kerana dia telah ketagih dengan rokok itu sehingga menaikkan jumlah duit perlindungan pelajar itu telah ketagih.Apabila berterusan,pelajar itu akan menyuruh
kawannya pula mencubanya.Lama kelamaan semakin ramai yang mencubanya
sehinggakan perkara itu diketahui oleh pihak guru.Pihak guru yang mengetahui
akan perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang
melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di
luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru
akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu
berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas
melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran
duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit
tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak
rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40
sebulan.
Di samping itu,apabila duit tabungan sudah
habis kerana membeli rokok,pelajar akan menipu duit ibu bapa untuk membeli
rokok.Apabila ibu bapa tidak memberikan duit itu kepada pelajar itu,pelajar
berkemungkinan akan bertindak ganas dengan memukul atau melakukan perkara yang
di luar jangkaan untuk mendapatkan duit itu.Pada zaman sekarang,anak-anak
sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kehendak mereka termasuklah
kekerasan dan sebagainya.Seperti cerita hari ini “anak-anak memukul ibu
sehingga masuk hospital kerana ketagih rokok’’.Hal ini seringkali di uar-uarkan
di stesen radio mahupun di media cetak seperti akhbar-akhbar, media massa dan
sebagainya.Namun ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang
perkara penting sebegini.
Apabila jiran tetangga mengetahui bahawa
anak jiran mereka menghisap rokok,secara automatiknya mereka akan memandang
serong terhadap jirannya sendiri menyebabkan nama baik ibu bapa akan
tercemar.Walaikin anak-anak tidak merasa bebannya,akan tetapi ibu bapa yang terpaksa menanggung
malu.Apabila perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat,sudah
tentu masyarakat akan mula berasa kurang selesa terhadap keluarga pelajar
tersebut.Perkara ini akan menjadikan jiran tetangga merasa kurang yakin akan
kepercayaan terhadap keluarga pelajar tersebut.Sifat ketidakselesaan itu
menyebabkan hubungan sillaturahim yang erat bagai aur dengan tebing
terlerai.Jiran-jiran akan menganggap keluarga mereka telah mencemarkan nama
baik masyarakat setempat seperti kerana “nila setitik,rosak susu sebelanga”.Kesan-kesan
negatif seperti ini telah telah berpunca
daripada pelbagai pihak.
Antaranya ialah salah didikan ibu
bapa.Salah didikan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak banyak terpengaruh
dengan perkara-perkara yang negatif seperti terjebak dengan gejala
merokok,hisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar
dalam mencapai cita-cita anak-anak mereka.Janganlah kita mensia-siakan anugerah
tuan yang paling berharga.Janganlah kita bersikap kasar terhadap
anak-anak.Apabila ibu bapa bersikap kasar,kepercayaan anak-anak itu akan
berkurangan sehinggakan ibu bapanya tidak menyedari bahawa anaknya menghisap
rokok.Apabila ibu bapa mendapat tahu,ibu bapa akan memukul anak itu secara
serkap jarang.Itu akan membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif.
Seterusnya,gejala merokok ini juga boleh
berlaku akibat terpengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga amat berperanan
selain daripada ibu bapa.Rakan-rakan sebaya akan mengajak pelajar itu untuk mencubanya.Pelajar
itu juga boleh terpengaruh dengan cara melihat kawan-kawannya menghisap
rokok.Apabila pelajar itu melihat kawan-kawannya menghisap rokok,timbullah
sifat ingin mencubanya juga.Walhasil,kawan-kawannya tidak mengajaknya untuk
mencubanya pun.Kadang-kadang,pelajar lebih percaya akan kawan baiknya daripada kata-kata ibu bapanya
sendiri waima ibu bapalah yang menjaga kita ketika kita kecil.Janganlah perkara
seperti ini terjadi.Pelajar akan terpengaruh untuk mencubanya sehinggakan tidak
dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
Iman yang lemah juga adalah salah satu
punca terjebaknya pelajar dalam gejala merokok ini .Iman yang lemah akan mudah
dipengaruhi oleh nafsu,syaitan dan sebagainya.Ini menyebabkan dirinya menjadi
tidak tetap dan mudah dipengaruhi.Punca ini adalah pengaruh yang paling besar
dalam kehidupan orang Melayu Islam.Jika Iman lemah,mudahlah perkara-perkara
yang kotor untuk masuk ke dalam hati.Sekuat mana fikiran,jika Iman tidak tetap
mudahlah perkara-perkara yang kotok seperti gejala merokok menghasuti
fikiran,terutamanya para pelajar.Kelemahan Iman juga berpunca daripada didikan
ibu bapa yang kurang.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi
kerana “melentur bulu biarlah daripada rebungnya.”Perkara seperti ini perlu
dibendung dengan segera supaya tidak merebak.
Antara cara-cara mengatasi masalah ini
ialah murid-murid yang terjebak dengan masalah seperti ini perlu dibawa
berbincang dengan ahli keluarga ataupun berjumpa dengan guru kaunseling untuk
mendapatkan nasihat.Apabila dibawa kepada guru kaunseling,pelajar itu dapat
menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada guru kaunseling.Jika takut
untuk berjumpa dengan guru,para pelajar boleh menceritakan masalah mereka
kepada ibu bapanya sendiri.Apabila berbincang dengan kedua ibu bapanya,lebih
senang para pelajar menceritakan masalah mereka kerana mereka adalah orang yang
paling rapat dengan pelajar.Sebaiknya masalah seperti gejala merokok ini
janganlah disimpan di dalam hati.Di samping dapat menceritakan masalah,hubungan
kekeluargaan akan terjalin dan ikatan
dapat dieratkan.Seyogia,ibu bapa perlu berbincang masalah pelajar yang terjebak
dengan masalah ini dengan lebih mesra supaya lebih selesa pelajar untuk
menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Selain itu,ibu bapa perlu memantau segala
aktiviti anak-anak mereka supaya perkara yang tidak sepatutnya terjadi
berlaku.Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru.Ibu bapa boleh
bertanyakan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan bagaimana keadaan semasa
aktiviti pembelajaran berlangsung.Pada masa lapang,ibu bapa boleh melakukan
perkara bersama anak-anak seperti beriadah di taman permainan yang berdekatan
seperti di tepi tasi atau sebagainya.Selain dapat mengeratkan hubungan
sillaturahim,badan mereka akan menjadi sihat kerana peluh keluar daripada badan
semasa beriadah,berjoging dan sebagainya.Seyogia,jika terdapat masa lapang,ibu
bapa boleh mengajak anak-anak pergi ke tepi pantai untuk bersantai dan
berkelah.
Natijahnya,setiap individu perlu ada
kesedaran diri untuk membendung masalah gejala merokok dalam kalangan
pelajar.Pada hakikatnya,rakyat Malaysia tidak lagi mengambil berat tentang
hal-hal seperti ini lagi.Oleh hal yang demikian,rakyat Malaysia perlu mengambil
berat tentang hal ini supaya gejala merokok dalam kalangan pelajar ini dapat
dibendung dengan segera agar tidak merebak.
Kebaikan dan Keburukan Internet
Internet merupakan sistem komunikasi yang
menyampaikan maklumat dari seluruh dunia.Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau sebagainya.Kini internet boleh dilayari menerusi telefon
bimbit.Internet mempunyai kebaikan dan keburukan.
Antara kebaikan internet ialah kita akan
menerima maklumat dengan cepat.Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini.Dalam
keadaan tertentu,kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu
masalah.Internet akan memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita.
Seterusnya,kita boleh mendapatkan maklumat
hanya hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.Sebelum ini,jikakita ingin
mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital.Menerusi
teknologi ini,kita dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga.
Namun begitu,keburukannya tetap ada
terutama bagi mereka yang berfikiran negatif,mereka akan melihat laman web yang
tidak baik.Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang
pelajar.Akibatnya,kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat
itu.
Bagi pelajar-pelajar yang malas,mereka
akan berterusan.Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulang kaji
pelajaran.Apabila pelajar melayari internet,semua masa lapang akan digunakan
untuk melayari internet sahaja.Akibatnya badan menjadi tidak sihat apabila
tidak keluar beriadah.
Natijahnya,walaupun terdapat kebaikan dan
keburukan,internet memang penting kepada kita,lagi-lagi kepada yang bekerja di
pejabat.Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid supaya tugasan yang
diberikan dapat diselesaikan denga cepat.Jadi marilah kita berusaha mempelajari
cara menggunakan computer terlebih dahulu.Internet adalah untuk memudahkan
kerja,bukan untuk melayari perkara-perkara yang tidak bermoral.
Kepentingan Hidup Berjiran
Jiran ialah orang yang tinggal
bersebelahan dengan rumah kita,tinggal di persekitaran rumah kita atau
sebagainya.Setiap insan pasti mempunyai jiran,begitu juga dengan saya.Bagi saya
semua yang tinggal berdekatan adalah jiran saya.Hidup berjiran amat penting
dalam kehidupan seharian kita.Jiran adalah semua orang yang tinggal berhampiran
dengan rumah kita tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya ataupun berlainan
bangsa seperti Melayu,Cina mahupun India.Terdapat banyak kesan-kesan positif
yang boleh kita ikuti daripada hidup berjiran ini.
Antaranya ialah jiran boleh membantu kita ketika kita dalam
kesusahan atau ketika hendak pergi bercuti.Jiran-jiran boleh memantau rumah
kita ketika kita pergi bercuti.Dengan itu kita tidak perlu risau akan
keselamatan rumah kita.
Selain itu,apabila kita dalam
kesusahan,jiran akan menolong kita.Jika berlaku sesuatu di dalam rumah seperti
kejadian mencuri,jiran dapat melihat dari jarak jauh.Jiran akan terus
menelefoni pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah itu.Apabila jiran dalam
kesusahan,kita pula yang akan menolongnya pula.Bak kata pepatah”hati gajah sama
dilapah,hati kuman sama dicecah”.
Di samping itu,kita boleh melakukan
aktiviti gotong-royong membersihkan taman.Apabila hidup berjiran,aktiviti
gotong-royong yang diadakan akan lebih cepat disiapkaan kerana jiran tetangga
turut membantu.Di samping dapat menjalankan aktiviti gotong-royong,hubungan
sillaturahim juga akan terjalin dan semakin erat.
Seterusnya,jika ibu bapa sibuk
bekerja,jiran boleh menolong dengan memantau anak-anak kita.Jadi,kita tidak
perlulah risau akan keselamatan anak-anak.Jiran yang baik adalah jiran yang
mengambil berat akan keselamatan keluarga dan jiran tetangga.Ada kalanya jiran
hanya akan membantu saat dia kesusahan sahaja,tetapi tidak ramai jiran yang
begitu.
Tuntasnya,hidup berjiran amat penting
dalam kehidupan.Walaupun ada kalanya kita bergaduh dengan jiran,lama-kelamaan
akan timbul juga perasaan untuk memaafkan antara satu sama lain.Bak kata
pepatah”orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa”.
Peranan dan Cabaran Masa Kini
Remaja adalah individu yang mempunyai peranan
yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara.Merekalah yang akan menjadi
pencetus pada generasi yang akan datang.Oleh sebab yang demikian,remaja perlu diajar
dengan ilmu-ilmu yang berguna.Bak kata pepatah”melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”.Terdapat pelbagai peranan dan cabaran remaja yang perlu dihadapi
oleh remaja.
Antara peranan yang perlu dihadapi oleh
remaja masa kini adalah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
cita-cita agar dapat membangunkan lagi ekonomi negara dengan cita-cita mereka.Untuk
mencapai cita-cita mereka,haruslah ada dalam diri mereka semangat tidak mudah
putus asa dan tidak mengenal erti putus asa.Contohnya pelajar perlu mendapatkan
keputusan yang cemerlang untuk mencapai cita-cita mereka.
Selain itu,merekalah yang akan mendirikan
semula ekonomi negara apabila besar nanti.Oleh itu amatlah penting remaja perlu
diajar mengenai kesedaran sivik.Guru-guru boleh mengajar tentang kesedaran
sivik kepada para remaja.Guru-guru yang menyediakan perkhidmatan kaunseling itu
mestilah daripada guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang
cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja.
Di
samping itu,remaja perlu menjauhkan diri daripada terjebak dalam masalah
sosial.Janganlah melibatkan diri dalam gejala vandalisme,gengsterisme,peras
ugut dan penyalahgunaan dadah.Kesemua gejala ini akan merosakan diri remaja itu
dan memalukan nama keluarga.
Seterusnya,remaja juga perlu mematahi
segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat
hidup dalam keadaan haomoni.Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan
tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat
dijalankan dengan sempurna.
Konklusinya,remaja memainkan peranan
penting dalam menjayakan wawasan negara.Remaja yang berkualiti merupakan
pemangkin kepada kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama
berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi
dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding dengan negara
maju yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)