Peristiwa
13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau
peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei .
Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca
kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut
ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang nagetif terrhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi
mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini
merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru
yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
I wanna borriw your essay
ReplyDeleteI mean borrow
ReplyDelete