Saturday 3 October 2020

Norma baharu pandemik Covid-19: Esei Panjang

    Bermulanya di China, kini virus Covid-19 telah singgah menjengah negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan, dari arahan kuarantin sehinggalah saman kepada mereka yang melanggar undang-undang kuarantin. Virus ini mula berlaku di Malaysia pada bulan Mac 2020dan masih berlarutan sehingga kini, ketika esei ini dikarang. Ramai di antara kita mengetahui tentang virus ini, tetapi pada zahir dan mata kasar. Oleh itu, esei ini akan menghuraikan tentang virus ini dengan lebih lanjut dalam skop jangkitan, masalah yang akan timbul dan peranan setiap rakyat Malaysia dalam membendung penularan virus ini.

   Dalam perenggan isi pertama, esei ini akan menceritakan serba sedikit tentang jangkitan virus ini. Pengetahuan umum yang telah kita sedia maklum adalah virus ini merebak melalui sentuhan dan juga titisan cecair dari mulut atau hidung pesakit yang menghidapi virus ini. Sudah terang lagi bersuluh di sini, salah satu caranya adalah dengan sentiasa mengekalkan jarak dengan orang sekeliling agar virus ini tidak dapat tersebar. Simptom-simptom seseorang itu mungkin menghidapi penyakit ini adalah batuk, suhu badan yang tinggi, sesak nafas dan selainnya yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika seseorang itu mempunyai simptom-simptom sedemikian atau disahkan positif penyakit ini, mereka hendaklah mengkuarantinkan diri mereka di hospital atau di pusat-pusat kuarantin yang terdapat di Malaysia. Begitu juga dengan mereka yang dari luar negara yang baru sahaja pulang ke tanah air. Tempoh kuarantin bagi golongan itu adalah selama 14 hari. Hal ini demikian kerana tempoh berikut adalah tempoh yang dikeluarkan oleh KKM untuk virus itu merebak. Setiap orang perlu mengambil berat tentang isu kuarantin ini demi kesejahteraan kita semua.

   Seterusnya, isi yang kedua akan menceritakan tentang masalah yang akan timbul akibat daripada penularan virus ini ke seluruh Malaysia. Masalah utama yang akan berlaku adalah tidak lain dan tidak bukan status kesihatan kita akan tergugat. Daripada golongan kanak-kanak hinggalah warga emas, tidak kita keturunan mahupun peringkat umur, tiada yang terkecuali untuk berisiko menghidap penyakit ini. Oleh hal yang demikian, wajarlah untuk semua orang peka akan isu ini. Hal ini demikian kerana kesihatan adalah amat penting kedapa diri kita. Tanpa tubuh yang sihat, kita tidak mampu untuk melakukan pekerjaan harian kita. Apabila kita sakit, status kewangan kita juga akan turut terjejas membuka pintu kepada masalah yabng kedua, kewangan dan ekonomi. Apabila berlakunya kuarantin atau dikenali sebagai PKP, Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai akan duduk di rumah dan pergerakan untuk berada di luar rumah terbatas. Ini akan mengakibatkan sebahagian rakyat hilang mata pencarian meraka. Tidak dinafikan, ramai orang yang boleh bekerja dari rumah, hanya menggunakan gajet dan komputer mereka, tetapi sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kita tidak boleh membiarkan golongon-golongon yang terjejas daripada terus terjejas bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri terasa sekali. kita harus sama-sama bersatu melawan penularan virus ini. 

   Meneruskan esei ini dengan masalah ketiga, masalah tentang kegusaran hati rakyat. Di sini, esei ini akan memfokuskan tentang golongan mahasiswa dan pelajar universiti. Untuk kita sama-sama mengetahui tentang masalah ini, kita perlu meletakkan diri kita di dalam jiwa mahasiswa dan mahasiswi. Masalah yang boleh timbul adalah golongan ini akan mengalami pertukaran jadual pembelajaran yang drastik. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka bukan seperti sekolah rendah mahupun sekolah menengah, mereka perlu menghadiri amali dan kelas-kelas khas untuk menyempurnakan gred purata pengajian mereka. Tambahan pula, terdapat golongan mahasiswa yang perlu terbang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian mereka. Apabila berlakunya isu virus ini, sudh tentulah mereka tidak dapat untuk melakukan sedemikian. Pihak yang berkenaan terpaksa menukar jadual pengajian mahasiswa ataupun menangguhkan waktu penerbangan mereka sehingga keadaan reda. Terdapat banyak lagi masalah yang timbul akibat isu ini tetapi melihatkan kepada masalah yang telah diutarakan di dalm[am esei ini, jelas menunjukkan bahawa setiap golongan terkesan akibat virus Covid-19 ini. Oleh itu, kita hendaklah mengaplikasikan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

   Isi terakhir akan menceritakan tentang peranan setiap golongan dalam membendung penularan virus ini. Bermula dengan kita, sebagai rakyat yang prihatin kepada kesejahteraan negara, kita perlulah mengikuti segala arahan yang telah dikuatkuasakan kepada kita. Kita hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan hand sanitizer ketika berada di luar rumah. Kita juga mestuilah sentiasa mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang sekeliling kita. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan sentuhan perlulah kita elakkan seperti mengadakan atau mengunjungi majlis-majlis perkahwinan, bermain sukan yang melibatkan sentuhan dan bersalam dengan orang ramai. Hal ini bertujuan untuk menghentikan penularan virus ini daripada terus merebak menjakiti, menyakiti rakyat yang sudah terbeban akibat masalah yang lahir daripada isu virus ini. Kita perlulah mengelakkan diri daripada kerap keluar rumah. Jika tiada urusan penting atau mendesak, seyogia kita oerku duduk di rumah sahaja. Seperti yang kita tahu, apabila kita tidak boleh keluar rumah, golongan peniaga akan terjejas kerana mereka tidak boleh membuka kedai dan perniagaan mereka seolah-olah pihak kerajaan menutup periuk nasi mereka. Tetapi wujudnya pihak kerajaan berperanan untuk memastikan setiap rakyat agar tidak terlalu menerima tekanan daripada isu ini. Pihak kerajaan telahpun menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan berikutan dengan isu ini. Semua golongan akan dibantu, tiada yang terkecuali. Itulah peranan pihak kerajaan di samping memastikan kadar penularan virus Covi-19 ini berkurangan. Bagi golongan barisan hadapan atau dikenali sebagai frontliners, mereka memikul tanggungjawab besar demi memastikan keselamatan semua orang. Kita perlu sentiasa berterima ksih kepada mereka kerana telah menyumbang keringat, tenaga dan yang paling penting kesihatan mereka demi memastian kita selamat. 

   Mengakhiri esei ini, saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu hati berganding bahu untuk sama-sama mematuhi arahan dan undang-undang yang telah dikeluarkan demi kesejahteraan negara kita sendiri. Hal ini amat bermakna dalam diri kita kerana telah menyumbang jasa untuk terus patuh kepada arahan. Hal ini amat besar dan tidak boleh dipandang enteng kerana setiap seorang memainkan peranan yang besar dalam menghentikan penularan virus Covid-19 ini daripada terus meluas. Akhir kata, berjuanglah masa kini untuk masa hadapan yang lebih indah, sejahtera dan harmoni.

No comments:

Post a Comment