Saturday 3 October 2020

Norma baharu pandemik Covid-19: Esei Panjang

    Bermulanya di China, kini virus Covid-19 telah singgah menjengah negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan, dari arahan kuarantin sehinggalah saman kepada mereka yang melanggar undang-undang kuarantin. Virus ini mula berlaku di Malaysia pada bulan Mac 2020dan masih berlarutan sehingga kini, ketika esei ini dikarang. Ramai di antara kita mengetahui tentang virus ini, tetapi pada zahir dan mata kasar. Oleh itu, esei ini akan menghuraikan tentang virus ini dengan lebih lanjut dalam skop jangkitan, masalah yang akan timbul dan peranan setiap rakyat Malaysia dalam membendung penularan virus ini.

   Dalam perenggan isi pertama, esei ini akan menceritakan serba sedikit tentang jangkitan virus ini. Pengetahuan umum yang telah kita sedia maklum adalah virus ini merebak melalui sentuhan dan juga titisan cecair dari mulut atau hidung pesakit yang menghidapi virus ini. Sudah terang lagi bersuluh di sini, salah satu caranya adalah dengan sentiasa mengekalkan jarak dengan orang sekeliling agar virus ini tidak dapat tersebar. Simptom-simptom seseorang itu mungkin menghidapi penyakit ini adalah batuk, suhu badan yang tinggi, sesak nafas dan selainnya yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika seseorang itu mempunyai simptom-simptom sedemikian atau disahkan positif penyakit ini, mereka hendaklah mengkuarantinkan diri mereka di hospital atau di pusat-pusat kuarantin yang terdapat di Malaysia. Begitu juga dengan mereka yang dari luar negara yang baru sahaja pulang ke tanah air. Tempoh kuarantin bagi golongan itu adalah selama 14 hari. Hal ini demikian kerana tempoh berikut adalah tempoh yang dikeluarkan oleh KKM untuk virus itu merebak. Setiap orang perlu mengambil berat tentang isu kuarantin ini demi kesejahteraan kita semua.

   Seterusnya, isi yang kedua akan menceritakan tentang masalah yang akan timbul akibat daripada penularan virus ini ke seluruh Malaysia. Masalah utama yang akan berlaku adalah tidak lain dan tidak bukan status kesihatan kita akan tergugat. Daripada golongan kanak-kanak hinggalah warga emas, tidak kita keturunan mahupun peringkat umur, tiada yang terkecuali untuk berisiko menghidap penyakit ini. Oleh hal yang demikian, wajarlah untuk semua orang peka akan isu ini. Hal ini demikian kerana kesihatan adalah amat penting kedapa diri kita. Tanpa tubuh yang sihat, kita tidak mampu untuk melakukan pekerjaan harian kita. Apabila kita sakit, status kewangan kita juga akan turut terjejas membuka pintu kepada masalah yabng kedua, kewangan dan ekonomi. Apabila berlakunya kuarantin atau dikenali sebagai PKP, Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai akan duduk di rumah dan pergerakan untuk berada di luar rumah terbatas. Ini akan mengakibatkan sebahagian rakyat hilang mata pencarian meraka. Tidak dinafikan, ramai orang yang boleh bekerja dari rumah, hanya menggunakan gajet dan komputer mereka, tetapi sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kita tidak boleh membiarkan golongon-golongon yang terjejas daripada terus terjejas bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri terasa sekali. kita harus sama-sama bersatu melawan penularan virus ini. 

   Meneruskan esei ini dengan masalah ketiga, masalah tentang kegusaran hati rakyat. Di sini, esei ini akan memfokuskan tentang golongan mahasiswa dan pelajar universiti. Untuk kita sama-sama mengetahui tentang masalah ini, kita perlu meletakkan diri kita di dalam jiwa mahasiswa dan mahasiswi. Masalah yang boleh timbul adalah golongan ini akan mengalami pertukaran jadual pembelajaran yang drastik. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka bukan seperti sekolah rendah mahupun sekolah menengah, mereka perlu menghadiri amali dan kelas-kelas khas untuk menyempurnakan gred purata pengajian mereka. Tambahan pula, terdapat golongan mahasiswa yang perlu terbang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian mereka. Apabila berlakunya isu virus ini, sudh tentulah mereka tidak dapat untuk melakukan sedemikian. Pihak yang berkenaan terpaksa menukar jadual pengajian mahasiswa ataupun menangguhkan waktu penerbangan mereka sehingga keadaan reda. Terdapat banyak lagi masalah yang timbul akibat isu ini tetapi melihatkan kepada masalah yang telah diutarakan di dalm[am esei ini, jelas menunjukkan bahawa setiap golongan terkesan akibat virus Covid-19 ini. Oleh itu, kita hendaklah mengaplikasikan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

   Isi terakhir akan menceritakan tentang peranan setiap golongan dalam membendung penularan virus ini. Bermula dengan kita, sebagai rakyat yang prihatin kepada kesejahteraan negara, kita perlulah mengikuti segala arahan yang telah dikuatkuasakan kepada kita. Kita hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan hand sanitizer ketika berada di luar rumah. Kita juga mestuilah sentiasa mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang sekeliling kita. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan sentuhan perlulah kita elakkan seperti mengadakan atau mengunjungi majlis-majlis perkahwinan, bermain sukan yang melibatkan sentuhan dan bersalam dengan orang ramai. Hal ini bertujuan untuk menghentikan penularan virus ini daripada terus merebak menjakiti, menyakiti rakyat yang sudah terbeban akibat masalah yang lahir daripada isu virus ini. Kita perlulah mengelakkan diri daripada kerap keluar rumah. Jika tiada urusan penting atau mendesak, seyogia kita oerku duduk di rumah sahaja. Seperti yang kita tahu, apabila kita tidak boleh keluar rumah, golongan peniaga akan terjejas kerana mereka tidak boleh membuka kedai dan perniagaan mereka seolah-olah pihak kerajaan menutup periuk nasi mereka. Tetapi wujudnya pihak kerajaan berperanan untuk memastikan setiap rakyat agar tidak terlalu menerima tekanan daripada isu ini. Pihak kerajaan telahpun menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan berikutan dengan isu ini. Semua golongan akan dibantu, tiada yang terkecuali. Itulah peranan pihak kerajaan di samping memastikan kadar penularan virus Covi-19 ini berkurangan. Bagi golongan barisan hadapan atau dikenali sebagai frontliners, mereka memikul tanggungjawab besar demi memastikan keselamatan semua orang. Kita perlu sentiasa berterima ksih kepada mereka kerana telah menyumbang keringat, tenaga dan yang paling penting kesihatan mereka demi memastian kita selamat. 

   Mengakhiri esei ini, saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu hati berganding bahu untuk sama-sama mematuhi arahan dan undang-undang yang telah dikeluarkan demi kesejahteraan negara kita sendiri. Hal ini amat bermakna dalam diri kita kerana telah menyumbang jasa untuk terus patuh kepada arahan. Hal ini amat besar dan tidak boleh dipandang enteng kerana setiap seorang memainkan peranan yang besar dalam menghentikan penularan virus Covid-19 ini daripada terus meluas. Akhir kata, berjuanglah masa kini untuk masa hadapan yang lebih indah, sejahtera dan harmoni.

Saturday 22 July 2017

Punca-punca obesiti


Pada era yang serba maju ini, remaja terlalu leka dengan masalah obesiti yang kini berada pada tahap yang serius di negara kita. Obesiti boleh diklasifikasikan sebagai pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu atau mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Apakah punca-punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia?

        Antara punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia ialah faktor genetik atau keturunan. Hal ini demikian kerana gaya pemakanan keluarga yang tidak sihat serta tidak berkhasiat. Ibu bapa juga terlau memanjakan anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah burger, piza dan mi segera. Hal ini telah menyebabkan remaja pada zaman ini mempunyai masalah obesiti serta telah meningkatkan lagi peratus rakyat malaysiayang mengalami masalah obesiti. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengawasi pemakanan anak-anak supaya tidak mengalami masalah obesiti.

        Selain itu, kurang bersenam juga merupakan salah satu punca masalah obesiti.  Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. Sebagai contoh, remaja kini lebih gemar bersosial melalui media sosial sahaja.  Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

        Seterusnya, punca lain yang menyumbang kepada masalah obesti ialah remaja juga tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman perindustrian ini, terdapat banyak syarikat makanan segera yang bekalori tinggi serta berlemak tinggi. Ibu bapa yang bekerja senang dan gembira tentang perkembangan perindustrian makanan segera kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja. Maka dengan ini ibu bapa hanya memberikan bekalan makanan segera kepada anak-anak. Dengan ini, ibu bapa lebih mementingkan diri lebih daripada anak-anak malahan juga remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang juga termasuk dalam salah satu punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

        Di samping itu, punca masalah obesiti yang terakhir ialah sikap remaja itu sendiri. Hal ini demikian kerana sikap remaja yang tiada pendirian serta senang terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Remaja masa kini terlalu mengikut hawa nafsu mereka sendiri. Apabila syarikat makanan segera mencipta produk baru, mereka akan mengiklankan produk syarikat mereka kepada orang awam. Sebagai contoh cara mereka terpengaruh adalah daripada iklan-iklan makanan segera yang indah khabar dari rupa. Oleh yang demikian, sikap remaja masa kini juga merupakan salah satu punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

        Konklusinya, jelaslah bahawa punca-punca di atas akan menyebabkan rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.Masalah ini perlu kita bending bersama agar tidak menjadi duri dalam daging,gunting dalam lipatan dan seterusnya menjayakan hasrat Malaysia sihat dan maju.

Sunday 27 March 2016

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang nagetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Friday 12 February 2016

Cara-cara Mewujudkan Semangat Patriotik

     Sejak akhi-akhir ini isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia sering diperkatakan.Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang sambutan Hari Kebangsaan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
     Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu bapa harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
     Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Di samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.Oleh itu,anak-anak akanmendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil lagi.

     Natijahnya,semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri.Justeru,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dupupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. 

Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

     Nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia semakin terhakis ekoran gaya hidup moden seperti kerja-kerja yang banyak di pejabat dan sebagainya.Kesibukan bekerja di pejabat juga akan merenggangkan tali sillaturahim sesama keluarga.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
     Antaranya ialah ibu bapa harus lebih meluangkan banyak masa dengan anak-anak.Ibu bapa yang bekerja perlu memanfaatkan hari minggu mereka untuk menghabiskan masa dengan anak-anak.Hal ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak.Di samping anak-anak  berasa bahagia,fikiran ibu bapa yang bercelaru akibat terlalu lama bekerja akan menjadi tenang apabila dapat berbual dengan anak-anak mereka.
     Seterusnya,setiap ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan sesama mereka.Ibu bapa perlu peka akan kelebihan dan kelemahan setiap anggota keluarga.Dengan ini,tidak akan berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu berbincang akan masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga dengan cara yang betul.Sentiasa berbincang tentang prestasi anak-anak ketika di sekolah juga boleh membantu anak-anak meningkatkan fahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
     Di samping itu,suasana rumah yang kondusif akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.Ibu bapa perlu sensitif akan keperluan asas di rumah demi keselesaan setiap anggota keluarga.Anak-anak lazimnya akan mencari hiburan di luar jika keadaan  di dalam rumah membosankan.Peralatan rumah yang berwarna-warni ataupun warna yang ceria dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri kita.
     Selain itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa senang untuk bergaul.

     Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Esei Tabiat Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah,kertas dan lain-lain.Rokok mempunyai suatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kebanyakan rokok dicampurkan dengan alkohol untuk menambahkan lagi perisanya.Gejala merokok telah berleluasa dalam negara kita,teutamanya dalam kalangan pelajar.Tidak kira tua atau muda,dewasa mahupun remaja,pasti tidak terlepas daripada timbul keinginan untuk mencubanya.Apabila mereka sudah mencuba,mereka akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan keinginan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.Akan tetapi,tahukah mereka bahawa banyak perkara negatif telah terjadi berpunca daripada gejala merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.
     Antara kesan-kesan negatif ialah berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,dia akan diugut sekiranya dia memberitahu sesiapa,dia akan dipukul.Murid yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja.Jika murid itu melawan,sudah tentu murid itu akan dipukulSemakin lama,pelajar akan bertambah agresif kerana dia telah ketagih dengan rokok itu sehingga menaikkan jumlah duit perlindungan  pelajar itu telah ketagih.Apabila berterusan,pelajar itu akan menyuruh kawannya pula mencubanya.Lama kelamaan semakin ramai yang mencubanya sehinggakan perkara itu diketahui oleh pihak guru.Pihak guru yang mengetahui akan perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40 sebulan.
     Di samping itu,apabila duit tabungan sudah habis kerana membeli rokok,pelajar akan menipu duit ibu bapa untuk membeli rokok.Apabila ibu bapa tidak memberikan duit itu kepada pelajar itu,pelajar berkemungkinan akan bertindak ganas dengan memukul atau melakukan perkara yang di luar jangkaan untuk mendapatkan duit itu.Pada zaman sekarang,anak-anak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kehendak mereka termasuklah kekerasan dan sebagainya.Seperti cerita hari ini “anak-anak memukul ibu sehingga masuk hospital kerana ketagih rokok’’.Hal ini seringkali di uar-uarkan di stesen radio mahupun di media cetak seperti akhbar-akhbar, media massa dan sebagainya.Namun ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang perkara penting sebegini.
     Apabila jiran tetangga mengetahui bahawa anak jiran mereka menghisap rokok,secara automatiknya mereka akan memandang serong terhadap jirannya sendiri menyebabkan nama baik ibu bapa akan tercemar.Walaikin anak-anak tidak merasa bebannya,akan  tetapi ibu bapa yang terpaksa menanggung malu.Apabila perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat,sudah tentu masyarakat akan mula berasa kurang selesa terhadap keluarga pelajar tersebut.Perkara ini akan menjadikan jiran tetangga merasa kurang yakin akan kepercayaan terhadap keluarga pelajar tersebut.Sifat ketidakselesaan itu menyebabkan hubungan sillaturahim yang erat bagai aur dengan tebing terlerai.Jiran-jiran akan menganggap keluarga mereka telah mencemarkan nama baik masyarakat setempat seperti kerana “nila setitik,rosak susu sebelanga”.Kesan-kesan negatif seperti ini  telah telah berpunca daripada pelbagai pihak.
     Antaranya ialah salah didikan ibu bapa.Salah didikan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak banyak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti terjebak dengan gejala merokok,hisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam mencapai cita-cita anak-anak mereka.Janganlah kita mensia-siakan anugerah tuan yang paling berharga.Janganlah kita bersikap kasar terhadap anak-anak.Apabila ibu bapa bersikap kasar,kepercayaan anak-anak itu akan berkurangan sehinggakan ibu bapanya tidak menyedari bahawa anaknya menghisap rokok.Apabila ibu bapa mendapat tahu,ibu bapa akan memukul anak itu secara serkap jarang.Itu akan membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif.
     Seterusnya,gejala merokok ini juga boleh berlaku akibat terpengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga amat berperanan selain daripada ibu bapa.Rakan-rakan sebaya akan mengajak pelajar itu untuk mencubanya.Pelajar itu juga boleh terpengaruh dengan cara melihat kawan-kawannya menghisap rokok.Apabila pelajar itu melihat kawan-kawannya menghisap rokok,timbullah sifat ingin mencubanya juga.Walhasil,kawan-kawannya tidak mengajaknya untuk mencubanya pun.Kadang-kadang,pelajar lebih percaya akan  kawan baiknya daripada kata-kata ibu bapanya sendiri waima ibu bapalah yang menjaga kita ketika kita kecil.Janganlah perkara seperti ini terjadi.Pelajar akan terpengaruh untuk mencubanya sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
     Iman yang lemah juga adalah salah satu punca terjebaknya pelajar dalam gejala merokok ini .Iman yang lemah akan mudah dipengaruhi oleh nafsu,syaitan dan sebagainya.Ini menyebabkan dirinya menjadi tidak tetap dan mudah dipengaruhi.Punca ini adalah pengaruh yang paling besar dalam kehidupan orang Melayu Islam.Jika Iman lemah,mudahlah perkara-perkara yang kotor untuk masuk ke dalam hati.Sekuat mana fikiran,jika Iman tidak tetap mudahlah perkara-perkara yang kotok seperti gejala merokok menghasuti fikiran,terutamanya para pelajar.Kelemahan Iman juga berpunca daripada didikan ibu bapa yang kurang.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi kerana “melentur bulu biarlah daripada rebungnya.”Perkara seperti ini perlu dibendung dengan segera supaya tidak merebak.
     Antara cara-cara mengatasi masalah ini ialah murid-murid yang terjebak dengan masalah seperti ini perlu dibawa berbincang dengan ahli keluarga ataupun berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat.Apabila dibawa kepada guru kaunseling,pelajar itu dapat menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada guru kaunseling.Jika takut untuk berjumpa dengan guru,para pelajar boleh menceritakan masalah mereka kepada ibu bapanya sendiri.Apabila berbincang dengan kedua ibu bapanya,lebih senang para pelajar menceritakan masalah mereka kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan pelajar.Sebaiknya masalah seperti gejala merokok ini janganlah disimpan di dalam hati.Di samping dapat menceritakan masalah,hubungan kekeluargaan  akan terjalin dan ikatan dapat dieratkan.Seyogia,ibu bapa perlu berbincang masalah pelajar yang terjebak dengan masalah ini dengan lebih mesra supaya lebih selesa pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
     Selain itu,ibu bapa perlu memantau segala aktiviti anak-anak mereka supaya perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku.Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru.Ibu bapa boleh bertanyakan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan bagaimana keadaan semasa aktiviti pembelajaran berlangsung.Pada masa lapang,ibu bapa boleh melakukan perkara bersama anak-anak seperti beriadah di taman permainan yang berdekatan seperti di tepi tasi atau sebagainya.Selain dapat mengeratkan hubungan sillaturahim,badan mereka akan menjadi sihat kerana peluh keluar daripada badan semasa beriadah,berjoging dan sebagainya.Seyogia,jika terdapat masa lapang,ibu bapa boleh mengajak anak-anak pergi ke tepi pantai untuk bersantai dan berkelah.

     Natijahnya,setiap individu perlu ada kesedaran diri untuk membendung masalah gejala merokok dalam kalangan pelajar.Pada hakikatnya,rakyat Malaysia tidak lagi mengambil berat tentang hal-hal seperti ini lagi.Oleh hal yang demikian,rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang hal ini supaya gejala merokok dalam kalangan pelajar ini dapat dibendung dengan segera agar tidak merebak.

Kebaikan dan Keburukan Internet

     Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia.Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau sebagainya.Kini internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit.Internet mempunyai kebaikan dan keburukan.
     Antara kebaikan internet ialah kita akan menerima maklumat dengan cepat.Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini.Dalam keadaan tertentu,kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu masalah.Internet akan memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita.
     Seterusnya,kita boleh mendapatkan maklumat hanya hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.Sebelum ini,jikakita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital.Menerusi teknologi ini,kita dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga.
     Namun begitu,keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif,mereka akan melihat laman web yang tidak baik.Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar.Akibatnya,kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu.
     Bagi pelajar-pelajar yang malas,mereka akan berterusan.Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulang kaji pelajaran.Apabila pelajar melayari internet,semua masa lapang akan digunakan untuk melayari internet sahaja.Akibatnya badan menjadi tidak sihat apabila tidak keluar beriadah.

     Natijahnya,walaupun terdapat kebaikan dan keburukan,internet memang penting kepada kita,lagi-lagi kepada yang bekerja di pejabat.Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid supaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan denga cepat.Jadi marilah kita berusaha mempelajari cara menggunakan computer terlebih dahulu.Internet adalah untuk memudahkan kerja,bukan untuk melayari perkara-perkara yang tidak bermoral.