Friday 12 February 2016

Esei Tabiat Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah,kertas dan lain-lain.Rokok mempunyai suatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kebanyakan rokok dicampurkan dengan alkohol untuk menambahkan lagi perisanya.Gejala merokok telah berleluasa dalam negara kita,teutamanya dalam kalangan pelajar.Tidak kira tua atau muda,dewasa mahupun remaja,pasti tidak terlepas daripada timbul keinginan untuk mencubanya.Apabila mereka sudah mencuba,mereka akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan keinginan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.Akan tetapi,tahukah mereka bahawa banyak perkara negatif telah terjadi berpunca daripada gejala merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.
     Antara kesan-kesan negatif ialah berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,dia akan diugut sekiranya dia memberitahu sesiapa,dia akan dipukul.Murid yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja.Jika murid itu melawan,sudah tentu murid itu akan dipukulSemakin lama,pelajar akan bertambah agresif kerana dia telah ketagih dengan rokok itu sehingga menaikkan jumlah duit perlindungan  pelajar itu telah ketagih.Apabila berterusan,pelajar itu akan menyuruh kawannya pula mencubanya.Lama kelamaan semakin ramai yang mencubanya sehinggakan perkara itu diketahui oleh pihak guru.Pihak guru yang mengetahui akan perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40 sebulan.
     Di samping itu,apabila duit tabungan sudah habis kerana membeli rokok,pelajar akan menipu duit ibu bapa untuk membeli rokok.Apabila ibu bapa tidak memberikan duit itu kepada pelajar itu,pelajar berkemungkinan akan bertindak ganas dengan memukul atau melakukan perkara yang di luar jangkaan untuk mendapatkan duit itu.Pada zaman sekarang,anak-anak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kehendak mereka termasuklah kekerasan dan sebagainya.Seperti cerita hari ini “anak-anak memukul ibu sehingga masuk hospital kerana ketagih rokok’’.Hal ini seringkali di uar-uarkan di stesen radio mahupun di media cetak seperti akhbar-akhbar, media massa dan sebagainya.Namun ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang perkara penting sebegini.
     Apabila jiran tetangga mengetahui bahawa anak jiran mereka menghisap rokok,secara automatiknya mereka akan memandang serong terhadap jirannya sendiri menyebabkan nama baik ibu bapa akan tercemar.Walaikin anak-anak tidak merasa bebannya,akan  tetapi ibu bapa yang terpaksa menanggung malu.Apabila perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat,sudah tentu masyarakat akan mula berasa kurang selesa terhadap keluarga pelajar tersebut.Perkara ini akan menjadikan jiran tetangga merasa kurang yakin akan kepercayaan terhadap keluarga pelajar tersebut.Sifat ketidakselesaan itu menyebabkan hubungan sillaturahim yang erat bagai aur dengan tebing terlerai.Jiran-jiran akan menganggap keluarga mereka telah mencemarkan nama baik masyarakat setempat seperti kerana “nila setitik,rosak susu sebelanga”.Kesan-kesan negatif seperti ini  telah telah berpunca daripada pelbagai pihak.
     Antaranya ialah salah didikan ibu bapa.Salah didikan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak banyak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti terjebak dengan gejala merokok,hisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam mencapai cita-cita anak-anak mereka.Janganlah kita mensia-siakan anugerah tuan yang paling berharga.Janganlah kita bersikap kasar terhadap anak-anak.Apabila ibu bapa bersikap kasar,kepercayaan anak-anak itu akan berkurangan sehinggakan ibu bapanya tidak menyedari bahawa anaknya menghisap rokok.Apabila ibu bapa mendapat tahu,ibu bapa akan memukul anak itu secara serkap jarang.Itu akan membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif.
     Seterusnya,gejala merokok ini juga boleh berlaku akibat terpengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga amat berperanan selain daripada ibu bapa.Rakan-rakan sebaya akan mengajak pelajar itu untuk mencubanya.Pelajar itu juga boleh terpengaruh dengan cara melihat kawan-kawannya menghisap rokok.Apabila pelajar itu melihat kawan-kawannya menghisap rokok,timbullah sifat ingin mencubanya juga.Walhasil,kawan-kawannya tidak mengajaknya untuk mencubanya pun.Kadang-kadang,pelajar lebih percaya akan  kawan baiknya daripada kata-kata ibu bapanya sendiri waima ibu bapalah yang menjaga kita ketika kita kecil.Janganlah perkara seperti ini terjadi.Pelajar akan terpengaruh untuk mencubanya sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
     Iman yang lemah juga adalah salah satu punca terjebaknya pelajar dalam gejala merokok ini .Iman yang lemah akan mudah dipengaruhi oleh nafsu,syaitan dan sebagainya.Ini menyebabkan dirinya menjadi tidak tetap dan mudah dipengaruhi.Punca ini adalah pengaruh yang paling besar dalam kehidupan orang Melayu Islam.Jika Iman lemah,mudahlah perkara-perkara yang kotor untuk masuk ke dalam hati.Sekuat mana fikiran,jika Iman tidak tetap mudahlah perkara-perkara yang kotok seperti gejala merokok menghasuti fikiran,terutamanya para pelajar.Kelemahan Iman juga berpunca daripada didikan ibu bapa yang kurang.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi kerana “melentur bulu biarlah daripada rebungnya.”Perkara seperti ini perlu dibendung dengan segera supaya tidak merebak.
     Antara cara-cara mengatasi masalah ini ialah murid-murid yang terjebak dengan masalah seperti ini perlu dibawa berbincang dengan ahli keluarga ataupun berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat.Apabila dibawa kepada guru kaunseling,pelajar itu dapat menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada guru kaunseling.Jika takut untuk berjumpa dengan guru,para pelajar boleh menceritakan masalah mereka kepada ibu bapanya sendiri.Apabila berbincang dengan kedua ibu bapanya,lebih senang para pelajar menceritakan masalah mereka kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan pelajar.Sebaiknya masalah seperti gejala merokok ini janganlah disimpan di dalam hati.Di samping dapat menceritakan masalah,hubungan kekeluargaan  akan terjalin dan ikatan dapat dieratkan.Seyogia,ibu bapa perlu berbincang masalah pelajar yang terjebak dengan masalah ini dengan lebih mesra supaya lebih selesa pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
     Selain itu,ibu bapa perlu memantau segala aktiviti anak-anak mereka supaya perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku.Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru.Ibu bapa boleh bertanyakan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan bagaimana keadaan semasa aktiviti pembelajaran berlangsung.Pada masa lapang,ibu bapa boleh melakukan perkara bersama anak-anak seperti beriadah di taman permainan yang berdekatan seperti di tepi tasi atau sebagainya.Selain dapat mengeratkan hubungan sillaturahim,badan mereka akan menjadi sihat kerana peluh keluar daripada badan semasa beriadah,berjoging dan sebagainya.Seyogia,jika terdapat masa lapang,ibu bapa boleh mengajak anak-anak pergi ke tepi pantai untuk bersantai dan berkelah.

     Natijahnya,setiap individu perlu ada kesedaran diri untuk membendung masalah gejala merokok dalam kalangan pelajar.Pada hakikatnya,rakyat Malaysia tidak lagi mengambil berat tentang hal-hal seperti ini lagi.Oleh hal yang demikian,rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang hal ini supaya gejala merokok dalam kalangan pelajar ini dapat dibendung dengan segera agar tidak merebak.

2 comments: