Friday 12 February 2016

Cara-cara Mewujudkan Semangat Patriotik

     Sejak akhi-akhir ini isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia sering diperkatakan.Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang sambutan Hari Kebangsaan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
     Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu bapa harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
     Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Di samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.Oleh itu,anak-anak akanmendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil lagi.

     Natijahnya,semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri.Justeru,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dupupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. 

2 comments: