Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah,kertas dan lain-lain.Rokok mempunyai suatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kebanyakan rokok dicampurkan dengan alkohol untuk menambahkan lagi perisanya.Gejala merokok telah berleluasa dalam negara kita,teutamanya dalam kalangan pelajar.Tidak kira tua atau muda,dewasa mahupun remaja,pasti tidak terlepas daripada timbul keinginan untuk mencubanya.Apabila mereka sudah mencuba,mereka akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan keinginan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.Akan tetapi,tahukah mereka bahawa banyak perkara negatif telah terjadi berpunca daripada gejala merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.
Antara kesan-kesan negatif ialah berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,dia akan diugut sekiranya dia memberitahu sesiapa,dia akan dipukul.Murid yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja.Jika murid itu melawan,sudah tentu murid itu akan dipukulSemakin lama,pelajar akan bertambah agresif kerana dia telah ketagih dengan rokok itu sehingga menaikkan jumlah duit perlindungan pelajar itu telah ketagih.Apabila berterusan,pelajar itu akan menyuruh
kawannya pula mencubanya.Lama kelamaan semakin ramai yang mencubanya
sehinggakan perkara itu diketahui oleh pihak guru.Pihak guru yang mengetahui
akan perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang
melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di
luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru
akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu
berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas
melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran
duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit
tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak
rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40
sebulan.
Di samping itu,apabila duit tabungan sudah
habis kerana membeli rokok,pelajar akan menipu duit ibu bapa untuk membeli
rokok.Apabila ibu bapa tidak memberikan duit itu kepada pelajar itu,pelajar
berkemungkinan akan bertindak ganas dengan memukul atau melakukan perkara yang
di luar jangkaan untuk mendapatkan duit itu.Pada zaman sekarang,anak-anak
sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kehendak mereka termasuklah
kekerasan dan sebagainya.Seperti cerita hari ini “anak-anak memukul ibu
sehingga masuk hospital kerana ketagih rokok’’.Hal ini seringkali di uar-uarkan
di stesen radio mahupun di media cetak seperti akhbar-akhbar, media massa dan
sebagainya.Namun ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang
perkara penting sebegini.
Apabila jiran tetangga mengetahui bahawa
anak jiran mereka menghisap rokok,secara automatiknya mereka akan memandang
serong terhadap jirannya sendiri menyebabkan nama baik ibu bapa akan
tercemar.Walaikin anak-anak tidak merasa bebannya,akan tetapi ibu bapa yang terpaksa menanggung
malu.Apabila perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat,sudah
tentu masyarakat akan mula berasa kurang selesa terhadap keluarga pelajar
tersebut.Perkara ini akan menjadikan jiran tetangga merasa kurang yakin akan
kepercayaan terhadap keluarga pelajar tersebut.Sifat ketidakselesaan itu
menyebabkan hubungan sillaturahim yang erat bagai aur dengan tebing
terlerai.Jiran-jiran akan menganggap keluarga mereka telah mencemarkan nama
baik masyarakat setempat seperti kerana “nila setitik,rosak susu sebelanga”.Kesan-kesan
negatif seperti ini telah telah berpunca
daripada pelbagai pihak.
Antaranya ialah salah didikan ibu
bapa.Salah didikan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak banyak terpengaruh
dengan perkara-perkara yang negatif seperti terjebak dengan gejala
merokok,hisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar
dalam mencapai cita-cita anak-anak mereka.Janganlah kita mensia-siakan anugerah
tuan yang paling berharga.Janganlah kita bersikap kasar terhadap
anak-anak.Apabila ibu bapa bersikap kasar,kepercayaan anak-anak itu akan
berkurangan sehinggakan ibu bapanya tidak menyedari bahawa anaknya menghisap
rokok.Apabila ibu bapa mendapat tahu,ibu bapa akan memukul anak itu secara
serkap jarang.Itu akan membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif.
Seterusnya,gejala merokok ini juga boleh
berlaku akibat terpengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga amat berperanan
selain daripada ibu bapa.Rakan-rakan sebaya akan mengajak pelajar itu untuk mencubanya.Pelajar
itu juga boleh terpengaruh dengan cara melihat kawan-kawannya menghisap
rokok.Apabila pelajar itu melihat kawan-kawannya menghisap rokok,timbullah
sifat ingin mencubanya juga.Walhasil,kawan-kawannya tidak mengajaknya untuk
mencubanya pun.Kadang-kadang,pelajar lebih percaya akan kawan baiknya daripada kata-kata ibu bapanya
sendiri waima ibu bapalah yang menjaga kita ketika kita kecil.Janganlah perkara
seperti ini terjadi.Pelajar akan terpengaruh untuk mencubanya sehinggakan tidak
dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
Iman yang lemah juga adalah salah satu
punca terjebaknya pelajar dalam gejala merokok ini .Iman yang lemah akan mudah
dipengaruhi oleh nafsu,syaitan dan sebagainya.Ini menyebabkan dirinya menjadi
tidak tetap dan mudah dipengaruhi.Punca ini adalah pengaruh yang paling besar
dalam kehidupan orang Melayu Islam.Jika Iman lemah,mudahlah perkara-perkara
yang kotor untuk masuk ke dalam hati.Sekuat mana fikiran,jika Iman tidak tetap
mudahlah perkara-perkara yang kotok seperti gejala merokok menghasuti
fikiran,terutamanya para pelajar.Kelemahan Iman juga berpunca daripada didikan
ibu bapa yang kurang.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi
kerana “melentur bulu biarlah daripada rebungnya.”Perkara seperti ini perlu
dibendung dengan segera supaya tidak merebak.
Antara cara-cara mengatasi masalah ini
ialah murid-murid yang terjebak dengan masalah seperti ini perlu dibawa
berbincang dengan ahli keluarga ataupun berjumpa dengan guru kaunseling untuk
mendapatkan nasihat.Apabila dibawa kepada guru kaunseling,pelajar itu dapat
menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada guru kaunseling.Jika takut
untuk berjumpa dengan guru,para pelajar boleh menceritakan masalah mereka
kepada ibu bapanya sendiri.Apabila berbincang dengan kedua ibu bapanya,lebih
senang para pelajar menceritakan masalah mereka kerana mereka adalah orang yang
paling rapat dengan pelajar.Sebaiknya masalah seperti gejala merokok ini
janganlah disimpan di dalam hati.Di samping dapat menceritakan masalah,hubungan
kekeluargaan akan terjalin dan ikatan
dapat dieratkan.Seyogia,ibu bapa perlu berbincang masalah pelajar yang terjebak
dengan masalah ini dengan lebih mesra supaya lebih selesa pelajar untuk
menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Selain itu,ibu bapa perlu memantau segala
aktiviti anak-anak mereka supaya perkara yang tidak sepatutnya terjadi
berlaku.Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru.Ibu bapa boleh
bertanyakan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan bagaimana keadaan semasa
aktiviti pembelajaran berlangsung.Pada masa lapang,ibu bapa boleh melakukan
perkara bersama anak-anak seperti beriadah di taman permainan yang berdekatan
seperti di tepi tasi atau sebagainya.Selain dapat mengeratkan hubungan
sillaturahim,badan mereka akan menjadi sihat kerana peluh keluar daripada badan
semasa beriadah,berjoging dan sebagainya.Seyogia,jika terdapat masa lapang,ibu
bapa boleh mengajak anak-anak pergi ke tepi pantai untuk bersantai dan
berkelah.
Natijahnya,setiap individu perlu ada
kesedaran diri untuk membendung masalah gejala merokok dalam kalangan
pelajar.Pada hakikatnya,rakyat Malaysia tidak lagi mengambil berat tentang
hal-hal seperti ini lagi.Oleh hal yang demikian,rakyat Malaysia perlu mengambil
berat tentang hal ini supaya gejala merokok dalam kalangan pelajar ini dapat
dibendung dengan segera agar tidak merebak.