Friday 12 February 2016

Kepentingan Hidup Berjiran

     Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita,tinggal di persekitaran rumah kita atau sebagainya.Setiap insan pasti mempunyai jiran,begitu juga dengan saya.Bagi saya semua yang tinggal berdekatan adalah jiran saya.Hidup berjiran amat penting dalam kehidupan seharian kita.Jiran adalah semua orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya ataupun berlainan bangsa seperti Melayu,Cina mahupun India.Terdapat banyak kesan-kesan positif yang boleh kita ikuti daripada hidup berjiran ini.
     Antaranya ialah  jiran boleh membantu kita ketika kita dalam kesusahan atau ketika hendak pergi bercuti.Jiran-jiran boleh memantau rumah kita ketika kita pergi bercuti.Dengan itu kita tidak perlu risau akan keselamatan rumah kita.
     Selain itu,apabila kita dalam kesusahan,jiran akan menolong kita.Jika berlaku sesuatu di dalam rumah seperti kejadian mencuri,jiran dapat melihat dari jarak jauh.Jiran akan terus menelefoni pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah itu.Apabila jiran dalam kesusahan,kita pula yang akan menolongnya pula.Bak kata pepatah”hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah”.
     Di samping itu,kita boleh melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan taman.Apabila hidup berjiran,aktiviti gotong-royong yang diadakan akan lebih cepat disiapkaan kerana jiran tetangga turut membantu.Di samping dapat menjalankan aktiviti gotong-royong,hubungan sillaturahim juga akan terjalin dan semakin erat.
     Seterusnya,jika ibu bapa sibuk bekerja,jiran boleh menolong dengan memantau anak-anak kita.Jadi,kita tidak perlulah risau akan keselamatan anak-anak.Jiran yang baik adalah jiran yang mengambil berat akan keselamatan keluarga dan jiran tetangga.Ada kalanya jiran hanya akan membantu saat dia kesusahan sahaja,tetapi tidak ramai jiran yang begitu.

     Tuntasnya,hidup berjiran amat penting dalam kehidupan.Walaupun ada kalanya kita bergaduh dengan jiran,lama-kelamaan akan timbul juga perasaan untuk memaafkan antara satu sama lain.Bak kata pepatah”orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa”.

20 comments: