Sunday 27 March 2016

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang nagetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Friday 12 February 2016

Cara-cara Mewujudkan Semangat Patriotik

     Sejak akhi-akhir ini isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia sering diperkatakan.Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli tentang sambutan Hari Kebangsaan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
     Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu bapa harus menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
     Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
     Di samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.Oleh itu,anak-anak akanmendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil lagi.

     Natijahnya,semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri.Justeru,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dupupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. 

Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

     Nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia semakin terhakis ekoran gaya hidup moden seperti kerja-kerja yang banyak di pejabat dan sebagainya.Kesibukan bekerja di pejabat juga akan merenggangkan tali sillaturahim sesama keluarga.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
     Antaranya ialah ibu bapa harus lebih meluangkan banyak masa dengan anak-anak.Ibu bapa yang bekerja perlu memanfaatkan hari minggu mereka untuk menghabiskan masa dengan anak-anak.Hal ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anak.Di samping anak-anak  berasa bahagia,fikiran ibu bapa yang bercelaru akibat terlalu lama bekerja akan menjadi tenang apabila dapat berbual dengan anak-anak mereka.
     Seterusnya,setiap ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan sesama mereka.Ibu bapa perlu peka akan kelebihan dan kelemahan setiap anggota keluarga.Dengan ini,tidak akan berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu berbincang akan masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga dengan cara yang betul.Sentiasa berbincang tentang prestasi anak-anak ketika di sekolah juga boleh membantu anak-anak meningkatkan fahaman tentang sesuatu mata pelajaran.
     Di samping itu,suasana rumah yang kondusif akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.Ibu bapa perlu sensitif akan keperluan asas di rumah demi keselesaan setiap anggota keluarga.Anak-anak lazimnya akan mencari hiburan di luar jika keadaan  di dalam rumah membosankan.Peralatan rumah yang berwarna-warni ataupun warna yang ceria dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri kita.
     Selain itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua dihormati,yang muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa senang untuk bergaul.

     Natijahnya,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap ahli keluarga memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Esei Tabiat Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Rokok ialah tembakau yang digulung dalam daun nipah,kertas dan lain-lain.Rokok mempunyai suatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kebanyakan rokok dicampurkan dengan alkohol untuk menambahkan lagi perisanya.Gejala merokok telah berleluasa dalam negara kita,teutamanya dalam kalangan pelajar.Tidak kira tua atau muda,dewasa mahupun remaja,pasti tidak terlepas daripada timbul keinginan untuk mencubanya.Apabila mereka sudah mencuba,mereka akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan keinginan mereka.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.Akan tetapi,tahukah mereka bahawa banyak perkara negatif telah terjadi berpunca daripada gejala merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.
     Antara kesan-kesan negatif ialah berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,dia akan diugut sekiranya dia memberitahu sesiapa,dia akan dipukul.Murid yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja.Jika murid itu melawan,sudah tentu murid itu akan dipukulSemakin lama,pelajar akan bertambah agresif kerana dia telah ketagih dengan rokok itu sehingga menaikkan jumlah duit perlindungan  pelajar itu telah ketagih.Apabila berterusan,pelajar itu akan menyuruh kawannya pula mencubanya.Lama kelamaan semakin ramai yang mencubanya sehinggakan perkara itu diketahui oleh pihak guru.Pihak guru yang mengetahui akan perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40 sebulan.
     Di samping itu,apabila duit tabungan sudah habis kerana membeli rokok,pelajar akan menipu duit ibu bapa untuk membeli rokok.Apabila ibu bapa tidak memberikan duit itu kepada pelajar itu,pelajar berkemungkinan akan bertindak ganas dengan memukul atau melakukan perkara yang di luar jangkaan untuk mendapatkan duit itu.Pada zaman sekarang,anak-anak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kehendak mereka termasuklah kekerasan dan sebagainya.Seperti cerita hari ini “anak-anak memukul ibu sehingga masuk hospital kerana ketagih rokok’’.Hal ini seringkali di uar-uarkan di stesen radio mahupun di media cetak seperti akhbar-akhbar, media massa dan sebagainya.Namun ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang perkara penting sebegini.
     Apabila jiran tetangga mengetahui bahawa anak jiran mereka menghisap rokok,secara automatiknya mereka akan memandang serong terhadap jirannya sendiri menyebabkan nama baik ibu bapa akan tercemar.Walaikin anak-anak tidak merasa bebannya,akan  tetapi ibu bapa yang terpaksa menanggung malu.Apabila perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat,sudah tentu masyarakat akan mula berasa kurang selesa terhadap keluarga pelajar tersebut.Perkara ini akan menjadikan jiran tetangga merasa kurang yakin akan kepercayaan terhadap keluarga pelajar tersebut.Sifat ketidakselesaan itu menyebabkan hubungan sillaturahim yang erat bagai aur dengan tebing terlerai.Jiran-jiran akan menganggap keluarga mereka telah mencemarkan nama baik masyarakat setempat seperti kerana “nila setitik,rosak susu sebelanga”.Kesan-kesan negatif seperti ini  telah telah berpunca daripada pelbagai pihak.
     Antaranya ialah salah didikan ibu bapa.Salah didikan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak banyak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti terjebak dengan gejala merokok,hisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam mencapai cita-cita anak-anak mereka.Janganlah kita mensia-siakan anugerah tuan yang paling berharga.Janganlah kita bersikap kasar terhadap anak-anak.Apabila ibu bapa bersikap kasar,kepercayaan anak-anak itu akan berkurangan sehinggakan ibu bapanya tidak menyedari bahawa anaknya menghisap rokok.Apabila ibu bapa mendapat tahu,ibu bapa akan memukul anak itu secara serkap jarang.Itu akan membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif.
     Seterusnya,gejala merokok ini juga boleh berlaku akibat terpengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga amat berperanan selain daripada ibu bapa.Rakan-rakan sebaya akan mengajak pelajar itu untuk mencubanya.Pelajar itu juga boleh terpengaruh dengan cara melihat kawan-kawannya menghisap rokok.Apabila pelajar itu melihat kawan-kawannya menghisap rokok,timbullah sifat ingin mencubanya juga.Walhasil,kawan-kawannya tidak mengajaknya untuk mencubanya pun.Kadang-kadang,pelajar lebih percaya akan  kawan baiknya daripada kata-kata ibu bapanya sendiri waima ibu bapalah yang menjaga kita ketika kita kecil.Janganlah perkara seperti ini terjadi.Pelajar akan terpengaruh untuk mencubanya sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
     Iman yang lemah juga adalah salah satu punca terjebaknya pelajar dalam gejala merokok ini .Iman yang lemah akan mudah dipengaruhi oleh nafsu,syaitan dan sebagainya.Ini menyebabkan dirinya menjadi tidak tetap dan mudah dipengaruhi.Punca ini adalah pengaruh yang paling besar dalam kehidupan orang Melayu Islam.Jika Iman lemah,mudahlah perkara-perkara yang kotor untuk masuk ke dalam hati.Sekuat mana fikiran,jika Iman tidak tetap mudahlah perkara-perkara yang kotok seperti gejala merokok menghasuti fikiran,terutamanya para pelajar.Kelemahan Iman juga berpunca daripada didikan ibu bapa yang kurang.Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi kerana “melentur bulu biarlah daripada rebungnya.”Perkara seperti ini perlu dibendung dengan segera supaya tidak merebak.
     Antara cara-cara mengatasi masalah ini ialah murid-murid yang terjebak dengan masalah seperti ini perlu dibawa berbincang dengan ahli keluarga ataupun berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat.Apabila dibawa kepada guru kaunseling,pelajar itu dapat menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada guru kaunseling.Jika takut untuk berjumpa dengan guru,para pelajar boleh menceritakan masalah mereka kepada ibu bapanya sendiri.Apabila berbincang dengan kedua ibu bapanya,lebih senang para pelajar menceritakan masalah mereka kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan pelajar.Sebaiknya masalah seperti gejala merokok ini janganlah disimpan di dalam hati.Di samping dapat menceritakan masalah,hubungan kekeluargaan  akan terjalin dan ikatan dapat dieratkan.Seyogia,ibu bapa perlu berbincang masalah pelajar yang terjebak dengan masalah ini dengan lebih mesra supaya lebih selesa pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
     Selain itu,ibu bapa perlu memantau segala aktiviti anak-anak mereka supaya perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku.Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru.Ibu bapa boleh bertanyakan tentang pembelajaran anak-anak mereka dan bagaimana keadaan semasa aktiviti pembelajaran berlangsung.Pada masa lapang,ibu bapa boleh melakukan perkara bersama anak-anak seperti beriadah di taman permainan yang berdekatan seperti di tepi tasi atau sebagainya.Selain dapat mengeratkan hubungan sillaturahim,badan mereka akan menjadi sihat kerana peluh keluar daripada badan semasa beriadah,berjoging dan sebagainya.Seyogia,jika terdapat masa lapang,ibu bapa boleh mengajak anak-anak pergi ke tepi pantai untuk bersantai dan berkelah.

     Natijahnya,setiap individu perlu ada kesedaran diri untuk membendung masalah gejala merokok dalam kalangan pelajar.Pada hakikatnya,rakyat Malaysia tidak lagi mengambil berat tentang hal-hal seperti ini lagi.Oleh hal yang demikian,rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang hal ini supaya gejala merokok dalam kalangan pelajar ini dapat dibendung dengan segera agar tidak merebak.

Kebaikan dan Keburukan Internet

     Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia.Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau sebagainya.Kini internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit.Internet mempunyai kebaikan dan keburukan.
     Antara kebaikan internet ialah kita akan menerima maklumat dengan cepat.Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini.Dalam keadaan tertentu,kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu masalah.Internet akan memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita.
     Seterusnya,kita boleh mendapatkan maklumat hanya hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.Sebelum ini,jikakita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital.Menerusi teknologi ini,kita dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga.
     Namun begitu,keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif,mereka akan melihat laman web yang tidak baik.Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar.Akibatnya,kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu.
     Bagi pelajar-pelajar yang malas,mereka akan berterusan.Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulang kaji pelajaran.Apabila pelajar melayari internet,semua masa lapang akan digunakan untuk melayari internet sahaja.Akibatnya badan menjadi tidak sihat apabila tidak keluar beriadah.

     Natijahnya,walaupun terdapat kebaikan dan keburukan,internet memang penting kepada kita,lagi-lagi kepada yang bekerja di pejabat.Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid supaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan denga cepat.Jadi marilah kita berusaha mempelajari cara menggunakan computer terlebih dahulu.Internet adalah untuk memudahkan kerja,bukan untuk melayari perkara-perkara yang tidak bermoral.

Kepentingan Hidup Berjiran

     Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita,tinggal di persekitaran rumah kita atau sebagainya.Setiap insan pasti mempunyai jiran,begitu juga dengan saya.Bagi saya semua yang tinggal berdekatan adalah jiran saya.Hidup berjiran amat penting dalam kehidupan seharian kita.Jiran adalah semua orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya ataupun berlainan bangsa seperti Melayu,Cina mahupun India.Terdapat banyak kesan-kesan positif yang boleh kita ikuti daripada hidup berjiran ini.
     Antaranya ialah  jiran boleh membantu kita ketika kita dalam kesusahan atau ketika hendak pergi bercuti.Jiran-jiran boleh memantau rumah kita ketika kita pergi bercuti.Dengan itu kita tidak perlu risau akan keselamatan rumah kita.
     Selain itu,apabila kita dalam kesusahan,jiran akan menolong kita.Jika berlaku sesuatu di dalam rumah seperti kejadian mencuri,jiran dapat melihat dari jarak jauh.Jiran akan terus menelefoni pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah itu.Apabila jiran dalam kesusahan,kita pula yang akan menolongnya pula.Bak kata pepatah”hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah”.
     Di samping itu,kita boleh melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan taman.Apabila hidup berjiran,aktiviti gotong-royong yang diadakan akan lebih cepat disiapkaan kerana jiran tetangga turut membantu.Di samping dapat menjalankan aktiviti gotong-royong,hubungan sillaturahim juga akan terjalin dan semakin erat.
     Seterusnya,jika ibu bapa sibuk bekerja,jiran boleh menolong dengan memantau anak-anak kita.Jadi,kita tidak perlulah risau akan keselamatan anak-anak.Jiran yang baik adalah jiran yang mengambil berat akan keselamatan keluarga dan jiran tetangga.Ada kalanya jiran hanya akan membantu saat dia kesusahan sahaja,tetapi tidak ramai jiran yang begitu.

     Tuntasnya,hidup berjiran amat penting dalam kehidupan.Walaupun ada kalanya kita bergaduh dengan jiran,lama-kelamaan akan timbul juga perasaan untuk memaafkan antara satu sama lain.Bak kata pepatah”orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa”.

Peranan dan Cabaran Masa Kini

     Remaja adalah individu yang mempunyai peranan yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara.Merekalah yang akan menjadi pencetus pada generasi yang akan datang.Oleh sebab yang demikian,remaja perlu diajar dengan ilmu-ilmu yang berguna.Bak kata pepatah”melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Terdapat pelbagai peranan dan cabaran remaja yang perlu dihadapi oleh remaja.
     Antara peranan yang perlu dihadapi oleh remaja masa kini adalah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita agar dapat membangunkan lagi ekonomi negara dengan cita-cita mereka.Untuk mencapai cita-cita mereka,haruslah ada dalam diri mereka semangat tidak mudah putus asa dan tidak mengenal erti putus asa.Contohnya pelajar perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk mencapai cita-cita mereka.
     Selain itu,merekalah yang akan mendirikan semula ekonomi negara apabila besar nanti.Oleh itu amatlah penting remaja perlu diajar mengenai kesedaran sivik.Guru-guru boleh mengajar tentang kesedaran sivik kepada para remaja.Guru-guru yang menyediakan perkhidmatan kaunseling itu mestilah daripada guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja.
     Di samping itu,remaja perlu menjauhkan diri daripada terjebak dalam masalah sosial.Janganlah melibatkan diri dalam gejala vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah.Kesemua gejala ini akan merosakan diri remaja itu dan memalukan nama keluarga.
     Seterusnya,remaja juga perlu mematahi segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam keadaan haomoni.Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna.

     Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.Remaja yang berkualiti merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding dengan negara maju yang lain.